SEJARAH AHLI-AHLI KUMPULAN WINGS

Penyanyi Utama

Awie(Ahmad Azhar Othman)

1985 - 1993

Mel(Ismail Zainuddin)

1995 - 1996

Mus(Mustafa Din)

1996 -

Pemain Gitar

Sham

1985 - 1987

Joe(Zamin Abu Kadir)

1988 -

Pemain Bass

Eddie(Samsaidi Haji Ulong)

1985 -

Pemain Dram

Black(Azmi Hashim)

1985 - 1990
1994 -

Jojet

1990 - 1993


Berikut diceritakan secara ringkas sejarah angota kumpulan Wings. Joe pernah manganggotai kumpulan Scandals sebelum memasuki Wings. Black keluar dari Wings setelah album Teori Domino dikeluarkan dan digantikan dengan Jojet, bekas ahli kumpulan Gersang. Beliau kembali menjadi pemain dram Wings pada tahun 1994 setelah Jojet pula keluar dari Wings.

Sejarah pertukaran penyanyi utama kumpulan Wings cukup menarik. Awie yang sudah cukup sebati dan merupakan salah satu imej kumpulan muzik ini, tiba-tiba meninggalkan Wings dikala populariti yang memuncak berikutan kejayaan album Bazooka Penaka. 2 tahun kemudian barulah pengganti Awie ditemui. Mel, penyanyi berbakat yang sudah lama menceburi bidang nyanyian secara tak langsung dipilih menjadi penyanyi utama Wings dan album Orang Asing di hasilkan.

Walaubagaimana pun jodoh Mel dengan Wings tidak kekal berpanjangan. Tidak lama selepas itu, Mel keluar dari Wings dan Wings bernasib baik kerana tempat beliau diganti oleh Mus, bekas penyanyi utama kumpulan May yang seangkatan dengan Wings. Sebenarnya telah lama kedengaran ura-ura yang Mus akan memasuki kumpulan Wings. Sebab itulah setelah Mel dan Wings nyata tidak serasi, Mus segera menerima tawaran dari Wings untuk bersama 3 lagi anggota Wings meneruskan misi perjuangan mereka di bidang seni tanahair. Sehingga kini, sebanyak 4 buah album termasuk satu album komplimasi sudah di hasilkan dalam tempoh tak sampai 3 tahun dan vokal Mus makin serasi dengan muzik Wings.

WINGS



EX-WINGS


SHAM