Tajuk Album Mencari Asal-Usul
Tahun 1998
Penerbit Joe Wings
Susunan Muzik Wings
Studio Rakaman Synchrosound Studio, Malaysia
Rekabentuk Album Jeppo(Visual Concepts Design Studio
Konsep Album Hard Rock, Slow Rock, Metal, Klasik
Senarai Lagu 1.Sakit Bantal Empuk
2.Padamkan Lampu Tidurmu
3.Badan Belut Kepala UIar
4.Mencari Asal-Usul
5.Krisis Di Pertengahan Hidup
6.Hati Sulam Lain
7.Hidup Sederhana
8.Bukan Kerana Matahari
9.Dilailah(hidup mati, damai perang)
10.18000 Sayap
Lagu pilihan Hati Sulam Lain, Sakit Bantal Empuk,
Mencari Asal-Usul, Krisis Di Pertengahan Hidup,
Bukan Kerana Matahari
Penilaian ****1/2


Kematangan dan pengalaman, itulah kata-kata paling sesuai untul album Wings kali ini setelah 13 tahun jatuh bangun dalam industri muzik.Teknik rakaman terus yang digunakan semasa proses rakaman nyata berjaya menghasilkan kombinasi muzik mantap. Vokal Mus semakin baik dan serasi dengan muzik Wings. Keupayaan individu Black(drum), Eddie(bass) dan Joe(gitar) yang juga merupakan tunjang kumpulan rock terunggul tanahair ini memang tidak dapat dinafikan. Sususan muziknya rapi dan penuh bertenaga. Konsep muzik dalam album ini juga agak universal iaitu meliputi irama hard rock,heavy metal, slow ballad dan juga rock klasik. Album yang dirakamkan di Synchrosound Studio, studio tercanggih di Malaysia ini sudah lama dinanti-nantikan oleh peminat muzik rock dan sambutan yang diterima adalah amat menggalakkan.
Judul album ke 13 Wings ini mengandungi maksud tersendiri yang ingin disampaikan oleh Wings kepada para peminat yang berdiri teguh menyokong mereka selama ini. Jika anda ingin mendengar Wings yang sebenarnya, hayatilah Mencari Asal-Usul. Bagi mereka yang setia menyokong kumpulan ini sejak dulu lagi, pastinya mengerti maksud tersebut.
Setelah terumbang-ambing seketika disebabkan kehilangan vokalis, kelahiran album ini adalah satu titik teguh dalam pelayaran Wings untuk mengembalikan populariti sebagai kumpulan rock terunggul tanahair.