Tajuk Album Orang Asing
Tahun 1995
Penerbit Joe Wings
Susunan Muzik Wings
Studio Rakaman Redifussion Twin Studio, Kuala Lumpur
Rekabentuk Album Shukry Hj. Abdul Wahab
Konsep Album Balada, Slow Rock, Rock
Senarai Lagu 1.Ranjang Mawar
2.Lena Di Ulit Intan
3.Semalam Yang Hangat
4.Siaran 9
5.Asing
6.Lupakanlah
7.Highland
8.Buktikanlah
9.Setan Mengganas
10.Potret Diri
11.Saputangan
12.Rayuan Terakhir
Lagu Pilihan Lena Di Ulit Intan, Semalam Yang Hangat,,
Ranjang Mawar
Penilaian ***


Setelah hampir 2 tahun berlalu, Wings akhirnya menemui pengganti Awie. Mel dipilih untuk mengisi kekosongan vokalis kumpulan ini dan album ini adalah percubaan pertama Mel bersama Wings. Kalau dilihat pada konsep album ini, keseluruhannya berirama perlahan atau lebih kepada ballad yang disesuaikan dengan vokal Mel. Hanya ada 2-3 lagu sahaja yang berentak laju dan tempoh rakaman album ini dikatakan agak singkat iaitu 2 minggu.
2 buah lagu yang mendapat tempat di hati pendengar ialah Lena Di Ulit Intan dan Semalam Yang Hangat. Seolah kesinambungan dari lagu Bernafas Dalam Lumpur, sekali lagu lagu berentak sederhana iaitu Lena Di Ulit Intan berjaya dipopularkan. Lagu yang ditulis oleh Saari Amri ini merupakan hasil karya pertama beliau yang dinyanyikan oleh Wings.