Tajuk Album | Mr. Barbarik |
Tahun | 2000 |
Penerbit | Joe WINGS |
Susunan Muzik | WINGS |
Studio Rakaman | Menora Studio |
Rekabentuk Album | Tapa |
Konsep Album | Hard Rock,Heavy Metal |
Senarai Lagu | 1.Keris Tak Ada Sarung 2.Inspirasi Syakilla 3.Singa Dan Harimau 4.230 5.Mayang Sulit 6.Handal 7.Julang Timur Tengah 8.Samar Nan Terang 9.Gua Henjut Je(Instrumental) 10.Hikayat Mahamega |
Lagu pilihan | Keris Tak Ada Sarung,Inspirasi Syakilla,Mayang Sulit, Samar Nan Terang |
Penilaian | **** |
Tempoh rakaman album ini merupakan yang paling
lama dalam sejarah penghasilan album oleh WINGS iaitu selama lebih dari 6 bulan.Sejak
dari November 1999, proses penghasilan Mr.Barbarik pun bermula.Sepanjang tempoh rakaman,
musibah melanda anggota WINGS dimana Joe dan Black telah kehilangan ahli keluarga tersayang
(Al Fatihah buat mereka).
Secara keseluruhannya album ini berkonsepkan heavy metal dan kali ini WINGS
mendefinasikan konsep tersebut dalam album studio mereka ini.Berbanding dengan album-
album sebelum ini, ternyata kelainan dapat dirasai dimana muzik yang lebih berat
digunakan.Pengaruh rockestra juga dapat dirasai dengan susunan alat muzik string yang
diadunkan dengan muzik rock asal.Ramuan terbaru oleh Joe ialah suntikan vokal gitarnya
mengiringi suara nyanyian Mus dalam hampir kesemua lagu dalam album ini.
Seperti biasa, susunan muzik dalam album ini juga mantap dan dialun mengikut aliran
muzik WINGS.
Kalau suatu ketika dulu lagu Misteri Mimpi Syakilla menjadi siulan ramai, kini WINGS
menampilkan kesinambungan irama yang telah berusia 12 tahun itu menerusi Inspirasi
Syakilla hasil ciptaan komposer yang sama iaitu J.S Kevin. Mus membawakan lagu tersebut
dengan penghayatan tersendiri.Bagi penulis, track pertama album ini iaitu Keris Tak Ada
Sarung merupakan salah satu dari karya terbaik WINGS kerana keunggulan dari segi melodi,
susunan muzik dan vokal.Intronya dengan rentak perlahan melankolik hasil petikan gitar Joe
dan vokal Mus, kemudian dengan tiba-tiba muzik keras lagi rancak mengambil alih tapak lagu.
Ketukan dram dan solo gitar dipertengahan lagu juga amat kreatif dan menarik didengar.
Keseluruhan lagu ini sebenarnya membuktikan akan kejituan muzik yg dihasilkan oleh 4
anggota WINGS.
Lagu Mayang Sulit menampilkan susunan string yang baik dan paduan suara Mus dan Aceed
DEF-GAB-C dapat dihayati melalui lagu Singa Dan Harimau.