Tajuk Album | Bazooka Penaka |
Tahun | 1993 |
Penerbit | Joe & WINGS |
Susunan Muzik | WINGS |
Studio Rakaman | Digitron Studio, Kuala Lumpur(Malaysia); Sing-Sing Studio, Studio 301, Australia |
Rekabentuk Album | Hanif Hj Hassan |
Konsep Album | Hard Rock, Slow Rock, Reggae Rock, Metal,Rock & Roll,Blues Rock,klasik |
Senarai Lagu | 1.Bazooka Penaka 2.Di Ambang Wati 3.Bernafas Dalam Lumpur 4.Kuburkan Aku 5.Pengabdianku Kekasih 6.Rock 'N' Roll Band 7.Amok 8.Satelit Puaka 9.Suara Kita 10.Tangisan Marhain 11.Puisi Merdeka |
Lagu Pilihan | Di Ambang Wati, Bernafas Dalam Lumpur, Suara Kita, satelit Puaka, Bazooka Penaka |
Penilaian | ***** |
Album ini merupakan album terakhir Awie bersama Wings
dan pada pendapat penulis ianya juga adalah album terbaik Wings setakat
ini. Ianya menampilkan pelbagai konsep muzik yang dipersembahkan mengikut
adunan muzik rock sekaligus menyerlahkan kematangan kumpulan ini dalam
industri muzik tanahair. Kalau dihayati setiap lagu dalam album ini, pastinya
ia dapat dibahagikan beberapa jenis rentak yang berbeza seperti hard rock(Bazooka
Penaka, Satelit Puaka, Amuk, Kuburkan Aku), Rock `N` Roll(Rock `N` Roll
Band, Puisi Merdeka), Slow Rock ballad(Di Ambang Wati, Suara Kita, Pengabdianku
Kekasih), tempo sederhana(Bernafas Dalam Lumpur) dan juga blues(Tangisan
Marhain). Rakaman awal album ini dijalankan di Kuala Lumpur manakala rakaman
vokal beserta proses adunan dan mastering dilakukan di Australia.
Majlis pra-dengar album ini diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur seminggu
sebelum ianya dipasarkan.@Ianya telah dihadiri hampir seramai 40,000 peminat
yang membanjiri padang Dataran Merdeka. Wings tiba ke tempat majlis ini
dengan menaiki kereta dan diiringi oleh rombongan bermotosikal kuasa tinggi.
Pada majlis ini juga, diadakan upacara penyampaian platinum sempena kejayaan
album Best Of Wings yang melebihi 60,000 unit. Kemuncak acara pada malam
itu sudah semestinya pra-dengar lagu2 dari album ini satu demi satu yang
diperdengarkan melalui speaker-speaker audio berkuasa tinggi.
Lagu Bernafas Dalam Lumpur yang berentak sederhana ciptaan Wings sendiri
menjadi cukup popular disamping 2 buah lagi lagu ballad iaitu Di Ambang
Wati dan Suara Kita.
Serentak dengan promosi album ini, Wings terlibat dalam konsert tour Double
Trouble seluruh negara bersama Search dan ianya juga digunakan sebaiknya
untuk merperkenalkan hasil seni terbaru mereka ini kepada para-peminat.
Konsert Double Trouble di Stadium Negara pada 13 November 1993 merupakan
konsert terakhir Awie bersama Wings dan 2 hari berikutnya Awie meninggalkan
Wings.