Tajuk Album Biru Mata Hitamku
Tahun 1996
Penerbit Joe Wings
Susunan Muzik Joe Wings
Studio Rakaman Redifussion, Twin Studio,
Malaysia
Studio Adunan/
Mastering
Gotham Studio/301 Studio Level,Australia
Rekabentuk Album Bombay
Konsep Album Hard Rock,Pop Rock, Ballad,
Reggae rock, klasik nusantara
Senarai Lagu 1.Biru Mata Hitamkuy
2.Gegar Gunung Gemura
3.Intro
4.Satu Titik Yang Kosong
5.Enigma
6.Makam Kekasih
7.Asmara
8.Raum
9.Kemabli
10.Jika Kau Tahu
11.Nomad
12.Kata-Kata
13.Jalan-Jalan
14.Idaman
15.Enigma Akustik
Lagu Pilihan Biru Mata Hitamku, Idaman, Enigma,Jalan-Jalan,
Gegar Gunung Gemura
Penilaian ***1/2


Alamilah.................Biru Mata Hitamku


Patah tumbuh hilang berganti, album ini dilahirkan setelah Mus(bekas vokalis MAY) menjadi ahli Wings mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Mel. Album ini juga merupakan percubaan pertama untuk menguji sejauh manakah keupayaan seni vokal Mus dan keserasiannya dengan muzik Wings.

Atas maksud tersebut, Wings menerapkan pelbagai rentak dan konsep dalam 14 lagu yang dirakamkan. Dari rentak laju dan agresif seperti hard rock dan heavy metal sehinggalah ke irama perlahan slow rock dan juga ballad.

Judul album ini iaitu Biru Mata Hitamku adalah lagu berentak sederhana laju ala pop rock ciptaan Andi Rahman dan lirik oleh Loloq. Ianya menjadi cukup popular kerana lenggok iramanya yang agak unik dan ada kelainan.

Terdapat 2 versi untuk Lagu yang berjudul Enigma iaitu versi asal yang berunsur metal dan satu lagi versi akustik yang sangat menarik. Untuk versi ke dua ini, muzik yang dihasilkan dari gabungan alat muzik gendang dan gitar akustik berjaya mnghasilkan satu irama yang sungguh unik seakan-akan irama joget melayu.

Turut diselitkan ialah lagu berentak acuan `raggae` rock iaitu Kata-Kata dan Jalan-Jalan selain lagu ballad iaitu Kembali, Idaman dan Makam Kekasih. Joe juga menyumbangkan suaranya untuk sebuah lagu yang bertajuk Asmara.

Dari segi penilaian keseluruhan, kawalan vokal Mus adalah lebih baik untuk lagu yang berentak laju. Album ini di rakamkan di Kuala Lumpur dan menjalani proses adunan dan mastering di Australia.