Tajuk Album Teori Domino
Tahun 1990
Penerbit M.Nasir
Susunan Muzik WINGS/M.Nasir
Studio Rakaman Synchro Sound Recording Studio,
Kuching;Kings Studio,Kuala Lumpur
Rekabentuk Album J.Nagoya
Konsep Album Hard Rock,Slow Rock, Rock(Blues,Reggae)
Senarai Lagu 1.Rantai
2.Sejati
3.Romania
*4.Potret Monalisa
*5.Insaf
*6.Midnight Blues
7.Bujang Senang
8.Di Persimpangan
9.Harapam
10.Perhentian
11.Alam Barzakh
Lagu Pilihan Sejati, Harapan, Perhentian,Rantai
Penilaian ****


Setelah album Hukum Karma berjaya melonjakkan nama Wings di dunia muzik tanahair, para peminat menunggu hasil seni terbaru kumpulan rock ini untuk disajikan pada mereka.

Wings telah berpindah ke syarikat rakaman gergasi iaitu BMG Pacific(sekarang dikenali dengan nama BMG Music) dan telah menubuhkan syarikat mereka sendiri iaitu Flywings Sdn. Bhd. Ini telah mengukuhkan lagi kedudukan untuk terus bersaing dalam industri muzik.

Proses rakaman album ini dijalankan denga teliti dan Wings mendapat kerjasama dari `sifu` mereka iaitu M.Nasir yang sekaligus bertindak sebagai penerbit album ini. Sebahagian dari proses rakaman di Kuching, Sarawak dan rakaman di Kuala Lumpur ialah untuk lagu Sejati. Dalam album ini juga terdapat 3 lagu yang di rakan secara terus iaitu Potret Monalisa, Insaf dan Midnight Blues.

Lagu Sejati ciptaan M.Nasir menjadi cukup popular dan menjadi salah satu lagu terbaik pada tahun 1990 dimana ia telah berjaya layak ke peringkat akhir Juara Lagu anjuran TV3 serta turut memenangi 2 anugerah dalam pertandingan tersebut.


Dalam album ini juga, Wings sebenarnya sudah mula mempelbagaikan konsep muzik pada lagu-lagu mereka yang dipersembahkan melalui irama rock.