Tajuk Album Double Trouble 2
Artis WINGS & SEARCH
Tahun 1998
Penerbit SEARCH & JOE WINGS
Susunan Muzik/
Gubahan Semula
SEARCH & JOE WINGS
Studio Rakaman Synchrosound Studio, Malaysia
Rekabentuk Album Tapa(Dexs)
Konsep Album Hard & Metal
Senarai Lagu 1.Di Pintu Sepi(SEARCH)
2.Masalah berganda(WINGS)
3.Suratku Untukmu(SEARCH)
4.Terharu(WINGS)
5.Ku Cuba(SEARCH)
6.Blues Ular Sawa(WINGS)
7.Balada Pemuzik Jalanan(SEARCH)
8.Penunggu(WINGS)
9.Yale Yale(SEARCH)
10.Gelora Membara(WINGS)
Lagu Pilihan Blues Ular Sawa, Di Pintu Sepi, Gelora
Membara, Balada Pemuzik Jalanan
Penilaian ****

TROUBLE AGAIN!!!!!.............MARI TENGOK MUKA TROUBLE



Dikala muzik metal makin popular, syarikat rakaman BMG Music tidak melepaskan peluang ini untuk menggabungkan 2 buah kumpulan rock terunggul tanahair ini sekali lagi dalam album Double Trouble jilid 2. Setelah merakamkan album Double Trouble pada tahun 1992, Search & Wings disatukan semula menerusi irama muzik metal.
Dalam album ini, Search merakamkan semula 2 lagu lama mereka disamping 3 buah lagu lama 60-an sementara Wings tampil dengan 3 buah lagu baru dan 2 buah lagu lama sekitar 80-an dendangan kumpulan Sweet Charity. Hampir kesemua lagu di gubah susunan muziknya kepada irama metal dan masing-masing menggunakan idea dan kepakaran tersendiri demi menghasilkan sesuatu yang berkualiti untuk peminat seni. Ini jelas dapat di dengar kerana susunan muzik yang agak berbeza.

Bagaimanapun, setelah album ini di pasarkan, Search dilanda `trouble` dimana vokalis utamanya iaitu Amy meninggalkan kumpulan yang telah dianggotainya sejak 17 tahun lalu dan manjadi penyanyi solo.