< // --><
.


Peluang terbaik Wings

KEMUNCULAN album baru Wings, Mencari Asal Usul dilihat kena pada masanya.

Ketika Search berperang dengan masalah mencari pengganti vokalisnya, ramai menganggap inilah masa terbaik Wings mengambil alih takhta kumpulan rock terunggul tanah air.

Walaupun, baik Search mahu pun Wings sendiri mungkin kurang selesa dengan tanggapan sedemikian, Mencari Asal Usul dilihat sebagai pengubat rindu kepada penggemar irama rock.

Malah, sebagai kumpulan yang sudah menghasilkan 12 album sepanjang tempoh 13 tahun menceburkan diri dalam bidang muzik, pengaruh Wings tidak boleh diperkecilkan.

Pemain gitar, Joe berkata: "Terpulang untuk membuat andaian, namun cabaran sebenar Wings adalah untuk mengekalkan kedudukan. Kalau dengan tangan kosong... tak jadi juga."

Pembikinan Mencari Asal Usul katanya, sebagai menyusuli kejayaan album Biru Mata Hitamku, tahun lalu yang memuatkan lagu hit menggunakan judul sama yang dijual melebihi 150,000 unit.

"Dengan pengalaman yang ada pada Wings, kami yakin untuk merakamkan Mencari Asal Usul secara live, sebagaimana proses rakaman album sebelumnya selain Double Trouble II bersama Search dulu.

"Maksudnya, apa yang anda bakal dengar dalam Mencari Asal Usul, itulah Wings sebenar," katanya.

Biar pun ia mungkin dianggap ganjil, Joe berkata, teknik rakaman sedemikian bukan baru, malah digunakan secara berleluasa di kalangan artis antarabangsa.


BALIK