WINGS DAN FILEM


Kumpulan Wings telah muncul dalam beberapa buah filem. Pada tahun 1993, buat pertama kalinya mereka muncul di layar perak menerusi filem Pemburu Bayang arahan Yusof Haslam. Bagaimanapun, hanya Awie sahaja yang memegang watak utama dan anggota-anggota lain hanya muncul dalam beberapa adegan pendek dan sedutan konsert. Pada tahun berikutnya, Awie yang telah meninggalkan Wings membintangi filem Sembilu yang juga arahan Yusof Haslam sementara 3 lagi anggota lain pada masa itu(Joe, Eddie & Jojet) menjadi pelakon filem Putera arahan Julie Dahlan. Joe menjadi pelakon utama untuk filem ini.

Untuk filem Sembilu, walaupun Awie telah muncul solo, beliau masih `bergabung` dengan Wings dalam album soundtrack yang membariskan lagu-lagu popular Awie dan Wings selain lagu Ziana Zain yang turut dimuatkan. Angka Jualan untuk album ini juga meningkat dan mencapai lebih 60,000 unit.

Pada tahun 1996, sekali lagi Wings muncul di layar perak dan Joe menjadi bintang utama filem Superstar arahan Z.Lokman. Ketika ini Wings sedang popular menerusi album Orang Asing. Tahun berikutnya Joe membintangi filem Amelia.

Seperkara yang menarik bila membincangkan kaitan Wings dan filem ialah tajuk beberapa buah filem yang diambil dari judul lagu-lagu Wings. Filem-filem tersebut ialah Jaket Biru, Sejati, dan juga Syakilla. Samada ianya sengaja atau tidak, perlulah tanya kepada pihak penerbit filem tersebut.