Tajuk Album Hukum Karma
Tahun 1988
Penerbit WINGS/M.Nasir
Susunan Muzik WINGS/M.Nasir
Studio Rakaman King Studio, Kuala Lumpur
Rekabentuk Album Noor, Kerengge
Konsep Album Hard Rock, Slow Rock
Senarai Lagu 1.Opera Hidup
2.Misteri Mimpi Syakilla
3.Jerangkap Samar
4.Hikayat Penuh Ranjau
5.Sembunyi
6.Hukum Karma
7.Orang Kita
8.Taman Rashidah Utama
9.Fotostat
10.Anugerah
Lagu Pilihan Taman Rashidah Utama, Misteri Mimpi Syakilla,
Opera Hidup, Hukum Karma
Penilaian *****


Album kedua Wings ini dikatakan antara sebuah album pure rock terbaik yang pernah dihasilkan oleh penyanyi rock tanahair. Walaupun masih baru dalam dunia muzik, Wings mampu mucul dengan hasil seni yang menarik sekaligus mencipta identiti mereka tersendiri. Berbekalkan populariti yang telah mula bertapak berikutan sambutan baik album Belenggu Irama, album ini juga mendapat sambutan yang amat baik.
Dengan irama rock yang makin melonjak naik, konsep rock lagi rancak yang diperkenalkan menerusi album ini berjaya menarik perhatian peminat rock selain dari lagu ballad utama iaitu Taman Rashidah Utama dan Misteri Mimpi Syakilla. 2 buah lagu ini menjadi cukup popular sekaligus menaikkan nama Wings di persada muzik tanahair. Lagu ini menjadi siulan ramai dan pada tahun yang sama Wings terlepas dari `belenggu`dapat muncul di layar perak melalui TV3. Mereka mempertaruhkan 2 lagu tadi dalam carta Muzik-Muzik dan berjaya mara ke peringkat akhir Juara Lagu serta turut memenangi anugerah dalam pertandingan tersebut.(ikuti bhg `anugerah`)
Selain dari 2 lagu tadi, kebanyakkan lagu-lagu berentak hard rock yang rancak dan amat sesuai untuk konsert. Lagu seperti Opera Hidup, Hukum Karma dan juga Orang Kita adalah contoh lagu tersebut selain dari mempunyai kekuatan dari segi melodinya.