Album: Double Trouble 2

BLUES ULAR SAWA

wajah dan gaya semua buka mata
tutur bahasa lagaknya orang kaya
pandangan impian mungkin kau kan tergoda
pantang disapa kau kan jadi mangsanya
katanya.........

buta-butakan matamu
ikut-ikutkan nafsunya
hanya ada seminit katanya
nanti dulu kakiku ini bahaya
oh mari-mari katanya

kau bijak pandai semua dahtergadai
kau punya pandai jangan aku jadi macai
jangan pandai-pandai nanti kau kena tibai
ragam orang kita ada saja yang terkena

ada-adakan cerita
bikin orang porak peranda
sana sini musuh sahaja
dasar tidak berguna
jahanam......

jangan hampiri mereka
jangan memenuhkan dosa
terpulang dirimu ku menjadi kaku
cerita dah laku dasar penipu

pandanglah ke dalam
kupaslah ke diri
tapi hati busuk sekali
dan kira....

beruk dah suka ular sawa dah terkena
suka sama suka tapi aku tidak rela
jangan jangan hampiri mereka
jangan jangan memenuhkan dosa

lagu: WINGS
lirik:Cepot


Lagu berentak heavy metal ini sebenarnya agak pedas liriknya. Ianya berupa kutukan dan juga ejekan kepada golongan tertentu yang zahirnya berkelakuan baik tetapi yang sebenarnya terlalu mementingkan diri sendiri dan menganiayai pihak lain dengan menggunakan kuasa yang ada padanya. Penulis juga menyeru kepada semua supaya jangan terpengaruh dengan golongan tadi kerana ianya akan membawa padah pada diri sendiri.


Lan Trasher: Ular........sawo.......yeaaahhhh!!!......ngam jugak ye lagu ni.....metalnya bikin headbanging dan tak senang duduk. Suara Joe pun OK le.....good combination dengan Mus.