LAGU-LAGU LAMA WINGS
Kalau diperhatikan pada perkembangan dunia muzik tanahair
ketika ini, keperihatinan terhadap lagu-lagu lama atau juga disebut `evergreen`
memang tidak dapat dinafikan. Lagu-lagu yang pernah menjadi siulan suatu
ketika dulu masih diminati ramai dan adakalanya ianya meninggalkan nostalgia
klasik dalam sanubari pendengar.
Lagu-lagu lama nyanyian kumpulan Wings juga menjadi sebahagian
dari lagu `evergreen` tersebut. Bayangkanlah, lagu dari album terdahulu
termasuk yang album pertama mereka masih lagi popular dan diselitkan dalam
album komplimasi atau himpunan lagu-lagu terbaik. Ianya dilakukan oleh
beberapa syarikat rakaman samada yang baru muncul atau yang telah lama
bertapak.
Melihat dari aspek lain, populariti `keramat` lagu-lagu
Wings digunakan oleh pihak tertentu untuk mengaut keuntungan komersil.
Persoalan disini ialah apakah kumpulan Wings sendiri turut sama menikmati
hasil keuntungan ataupun royalti dari jualan album-album yang memuatkan
lagu mereka ini?
SENARAI LAGU DARI ALBUM TERDAHULU WINGS YANG MASIH POPULAR
Album | Lagu |
Belenggu Irama | Biarkan Berlalu |
Hukum Karma | Taman Rashidah Utama, Misteri Mimpi Syakilla |
Teori Domino | Sejati |
Bazooka Penaka | Di Ambang Wati, Bernafas Dalam Lumpur |
Orang Asing | Lena Di Ulit Intan, Semalam Yang Hangat |
Biru Mata Hitamku | Biru Mata Hitamku |