LOGO KUMPULAN WINGS




Logo di atas merupakan logo pertama kumpulan Wings yang dicipta pada tahun 1990 setelah syarikat mereka iaitu Flywings Sdn. Bhd. ditubuhkan. Ianya menjadi kulit album Teori Domino yang dihasilkan pada tahun yang sama. Sejak dari itu pada setiap kulit album mereka akan diletakkan logo tersebut.

Pada tahun 1995 iaitu ketika Mel memasuki Wings dan album Orang Asing dihasilkan, logo kumpulan ini telah berubah dan digantikan dengan logo seperti dibawah. Ianya menggambarkan `kelahiran semula` kumpulan Wings yang terpaksa melalui detik getir setelah Awie mengundur diri dan juga sebagai inspirasi dalam meneruskan misi perjuangan Wings dalam dunia seni tanahair bersama anggota terbaru mereka. Walaupun Mel meninggalkan Wings dan digantikan dengan Mus, logo ini terus kekal sebagai lambang simbolik kumpulan Wings dan ianya masih teguh hingga ke hari ini..


Gabungan logo ini dan sepasang `mata biru` pada rekabentuk kulit album Biru Mata Hitamku merupakan suatu hasil kreativiti yang sungguh unik dan Wings telah berjaya memenangi anugerah kulit album terbaik dalam AIM 1997(lihat bahagian Anugerah).

Di kulit depan album Double Trouble 2, logo kumpulan Wings dan Search masing-masing diletakkan pada badan 2 model kapal angkasa(ciptaan Miniature Hobby) yang mengadap satu sama lain. Di kulit belakang pula, logo kedua-dua kumpulan ini digabungkan dan diletakkan pada `wajah misteri`.