ISU RAMBUT PANJANG


Pada tahun 1992, Kementerian Penerangan telah membuat satu garisan panduan baru iaitu rambut bagi artis lelaki tidak boleh melebihi paras bahu dan sekiranya ingkar tindakan mengharamkan lagu dan artis terbabit dari muncul di TV akan diambil. Ekoran syarat ini, sebilangan artis terutama penyanyi rock berkeras tidak mahu mengikutinya kerana bagi mereka rambut adalah imej mereka. Kumpulan rock Wings dan Search juga termasuk dalam golongan ini dan oleh sebab itu, mereka digam dan lagu mereka juga diharamkan dari berkumandang di radio dan TV.

Ini berterusan beberapa bulan hinggalah pada pertengahan tahun 1992(kalau tak silap) dimana akhirnya mereka terpaksa akur dengan garis panduan itu.

Satu upacara khas sempena pemotongan rambut anggota Wings dan Search oleh Menteri penerangan telah diadakan secara langsung menerusi Selamat Pagi Malaysia. Pada majlis yang mempunyai 1001 makna ini, Dato` Mohamad Rahmat telah memotong rambut vokalis bagi kedua-dua kumpulan ini iaitu Awie dan Amy. Angota-anggota lain telah memotong rambut mereka terlebih dahulu. Selesai upacara tersebut, dua buah kumpulan ini mengadakan persembahan secara langsung menerusi TV untuk peminat mereka yang telah lama menanti akan kemunculan kembali rockers kesayangan mereka ini.

Dalam hal berkaitan, ada diantara peminat rock yang kecewa dengan tindakan Search dan Wings tunduk pada arahan ini kerana imej rock yang ditampilkan selama ini sudah hilang.



Kenangan sewaktu berambut panjang