1. Biru Mata Hitamku(Andi Rahman/Loloq)
Lagu yang mengembalikan kegemilangan Wings bersama vokalis Mus ini berentak
sederhana laju ala `pop raggae`. Melodinya agak simple tetapi menarik sebenarnya.
Susunan muzik juga agak unik terutama kombinasi gitar akustik dan gitar
letrik selain bunyi ketukan drum yang lebih `crispy`.
Liriknya pula berunsur cintan yang melambangkan kesetian dan pengorbanan
walaupun pengolahannya dalam kata-kata yang agak sinis.
Din Jiwang: .........punyalah setiamya.........sampai biru biji mata..........dasyat!!!!.....
2. Enigma(Wings/Taffa)
Pemilihan kata-kata untuk lirik dilakukan dengan teliti dan kalau diamati,
agak susah untuk ditafsirkan kerana terselit makna yang tersurat atau tersirat
yang ingin di sampaikan oleh penulis. Secara am, ianya menceritakan perihal
tingkahlaku manusia di dunia hari ini. Antaranya menerangkan sikap hipokrit
dalam diri manusia yang sebenarnya membinasakan diri sendiri. Kita mungkin
menipu diri sendiri tapi diri sendiri tidak mungkin tertipu oleh kita.
Penulis juga turut mengimbas satu golongan yang ingin lari dari dunia kepuraan
setelah mengenal maksud sebenar hidup.
Lagu ini di rakamkan dalam 2 versi iaitu versi heavy metal yang asal dan
versi akustik.
".................namun segala yang ada bak lakuna semata......misteri
insan dunia ini......sehingga akhir zaman........rahsia.....nasib sendiri
rasa.....rentak kembara insan dunia.......satu enigma...."
Lan Thrasher: .gua sukalah rentak metal lagu ni.............power siut!!!
3. Kata-Kata(Akiro/Muyat)
Lirik lagu ini memperkatakan perihal lidah manusia yang selalu berkata-kata
dan sememangnya suka menuturkan kata-kata melalui suara. Kata-kata itu
mungkin bermaksud samada pujian, celaan, muslihat ataupun sekadar kata-kata
karut tak berakal. Setiap kata yang dilafaz dan di dengar oleh orang lain
itu mendapat maklumbalas berbeza mengikut firasat masing-masing. Oleh itu
hendaklah berhati-hati bila berkata-kata.
4. Jalan-Jalan(Joey/Wings)
Lirik lagu yang berentak slow rock `pop raggae` ini ditulis oleh Wings.
Ianya mengisahkan pandangan prejudis sesetengah masyarajat terhadap golongan
miskin. Mereka tidak dibantu malah sering di hina. Namun ada juga insan
yang sudi menghulurkan bantuan dan terus memberikan sinar harapan pada
mereka untuk terus bersama mengharungi arus kehidupan.
Din Jiwang & Lan Thrasher: ...............(mengangguk-angguk tanda
setuju).............
5.Idaman(Aloy/Taffa)
Seperti lirik lagu Enigma(penulis yang sama), pemilihan kata-kata untuk
lagu ini juga cukup teliti cuma mesej lagu ini berunsurkan cinta. Ianya
menggambarkan seorang insan yang menantikan kehadiran orang yang disayangi
dan perasaan itu diluahkan melalui fenomena unsur di alam realiti yang
dipadankan dengan rasa hati.
Din Jiwang: ........eeei.....best betul lagu ni.....kalau dengar memang
tankap jiwang habissss!!!