HOMEPAGE




Assalamulaikum/Salam Sejahtera,

WINGS,sebuah nama yang rasanya tidak perlu lagi diperkenalkan dalam dunia muzik tanahair.Kumpulan rock popular yang terus unggul dan mendapat sanjungan oleh peminat muzik rock melayu.Walaupun berbagai masalah dan detik hitam timbul,mereka terus kukuh hingga ke hari ini.Seangkatan dengan kumpulan Search,Wings juga dianggap perintis kepada generasi irama rock di Malaysia.Sejurus dengan itu,disini penulis ingin merekodkan pelbagai kisah dan sejarah kumpulan Wings untuk tatapan semua.Bermula dari langkah pertama mereka ke dunia seni, diikuti dengan zaman gemilang yang diharungi, juga berbagai cabaran onak duri yang mereka tempuhi sepanjang penglibatan dalam muzik rock.Bagi peminat yang sudah lama mengikuti perkembangan Wings, pastinya sedia maklum dengan berbagai detik hitam yang melanda disebalik sinar kejayaan mereka. Namun, apajua berlaku sekalipun, sehingga ke hari ini, Wings masih lagi berkarya di persada seni.
Sila pilih topik untuk melihat paparan seterusnya.Selamat belayar.....................







Perhatian:
Homepage ini merupakan laman TAK RASMI yang dibuat sekadar untuk tatapan umum dan sebagai mengabdikan sejarah perjuangan kumpulan Wings di bidang seni tanahair. Segala isi kandungan adalah ditulis berdasarkan pandangan dan pengamatan penulis terhadap kumpulan Wings selama ini. Kami juga mengalu-alukan sebarang pandangan ataupun cadangan yang difikirkan sesuai untuk di selitkan dalam homepage ini. Juga jika terdapat makulmat-maklumat yang tidak betul, kami memohon maaf dan berharap mereka yang lebih mengetahui dapat sama membantu kami dalam menghasilkan lebih banyak fakta.Kami juga kekurangan sumber dan segala bentuk sumbangan amatlah kami alu-alukan

Tarikh:1 May 2001
Dari editor:
KAMI MEMOHON MAAF KERANA LAMAN INI TIDAK DI KEMASKINI DALAM TEMPOH YANG AGAK LAMA KERANA PIHAK KAMI TIADA MASA UNTUK MENGENDALIKAN TUGAS INI MEMANDANGKAN SIBUK DENGAN TUGASAN HARIAN SELAIN DARI BEBERAPA MASALAH LAIN YANG DIHADAPI. KAMI AKAN CUBA UNTUK MENGATASINYA TAPI UNTUK TEMPOH TERDEKAT INI, LAMAN INI MASIH BELUM DAPAT DI KEMASKINI. SEKIAN.HARAP MAKLUM.
BERITA TERBARU WINGS-WINGS SEDANG DALAM PROSES MENGUMPUL BAHAN UNTUK ALBUM TERBARU MEREKA YANG MENAMPILKAN AWIE SEBAGAI VOKALIS. ALBUM INI MERUPAKAN SEBUAH PROJEK KHAS DIMANA WINGS AKAN BERGABUNG DENGAN AWIE, BEKAS VOKALIS UTAMA MEREKA SUATU MASA DAHULU.RAKAMAN DIJANGKA BERMULA PADA JUN INI DAN ALBUM ITU AKAN MEMASUKI PASARAN PADA SEPTEMBER.KITA NANTIKAN HASIL KARYA TERBARU INI YANG PASTINYA AMAT DIUNGGU OLEH PEMINAT-PEMINAT WINGS.


ANDA ADALAH PELAYAR KE SEJAK 10 OKTOBER 1998



This Malaysian Artist WebRing
is owned by 
Malim Akira Studio
 Want to join the Number 1 Malaysian Artist WebRing?
[Skip Prev] [Prev] [Next] [Skip Next] [Random] [Next 5] [List Sites]