1. Sakit Bantal Empuk(Joe Wings/Sinbad)
Lirik lagu ini adalah mengenai golongan bawahan mengkritik golongan atasan yang tidak bersikap angkuh dan lupa pada sokongan dan penat lelah golongan bawahan yang berusaha menaikan nama mereka.

".........Kalau bukan kami yang tempang yang bersusah payah berkompang hingga menang.......hingga dijulang................"

Lan Thrasher:...........WOW!!!........Lagu ni aku dengar intro dia dengan solo gitar Joe memang mengancam habissss!!!.......Terpukau aku dengar petikan gitar Joe tu.....1sit impression untuk album ni...sebab tu la power lagu ni....wa cakap lu.....intro, solo kat tengah,outro dia memang Joe goreng tangkap lentuk habisssss!!!!!........memang head banging betul la lagu ni........!!!!


2. Hati Sulam Lain(Andi Rahman)
Seperti tertulis pada judulnya, lirik lagu ini mempunyai makna yang sungguh mendalam yang ingin disampaikan kepada para pendengar. Walaupun zahirnya semua manusia itu sama, namun perasaan dan hati tidak semuanya sama. Masing-masing diantara kita punyai pendirian dan prinsip hidup. Lihat pada rangkap terakhir lagu ini yang berbunyi.

"......rambut sama hitam.......hati sulam lain......lihat biar dalam oh dirinya........"

menceritakan akan maksud tersebut. Penulis lirik juga ingin memberi peringatan bahawa kita hendaklah berwaspada dalam meniti perjalanan hidup dan tidak mudah terpedaya dengan arus duniawi.

Din Jiwang: Betul tu malim......mesej dari lagu ini memang patut direnungi oleh kita semua. Aku pun memang cukup minat betul....walaupun bukan lagu jiwang sangat..............


3.Mencari Asal-Usul(Dwain/Nuar Botak)
Lagu yang menjadi judul album ini mempunyai keistimewaan pada melodi intronya yang menarik. Irama klasik rock sebagai permulaan, selepas itu bertukar pada muzik rancak. Liriknya mengandungi mesej yang amat bagus yang ingin disampaikan. Ianya menyuruh kita tidak lupa kepada asal-usul sendiri dan sentiasa berpijak dibumi nyata. Dalam maksud lain hendaklah teguh dalam menghadapi cabaran hidup dan selalu berserah pada Nya.


pesanan Joe: "Kepada semua peminat Wings, terimalah dari gua dan jangan lupa asal-usul kita walau dimana kita berada"

Lan Trasher: Cayalah Joe........wa caya sama lu......gua takkan lupa asal-usul gua tak kira kat mana gua pergi


4. 18000 Sayap(Jemboo/Roshi Lee)
Lagu ini mempunyai maksud mendalam kalau betul-betul di amati liriknya. Ianya menceritakan keadaan manusia di hari pengadilan kelak yang mana setiap dari kita pasti akan melaluinya.

Lan Trasher: Gua cukup minat rentak agresif hard rock lagu ni..........tbila dengar liriknya, buat gua insaf...........bercampur takut.........tapi sikit confuse lah......apa maksud sebenarnya 18000 sayap tu.....kena tanya Roshi Lee ni.......